BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (KT Mini)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/kaedah mengajar/pentaksiran pembelajaran apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?

Teori konstruktivisme


  • Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

  • Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami, ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

  • Pengetahuan sedia ada di sini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu pengetahuan baru.

  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

  • Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
  1. Pengetahuan dibina pelajar.
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
  4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
  7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
  8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


Strategi pemusatan bahan

  1. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  2. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  3. Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  4. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  5. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  6. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  7. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Kerangka operational


Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 12: Permurnian Mini KT

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"


TUJUAN KAJIAN:

  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

OBKEJTIF KAJIAN:

  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
  • Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

PERNYATAAN MASALAH:

  • Bagaimanakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
  • Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

Apa penyataan masalah dalam kajian?

Jurnal 1

Menguji dan mengenal pasti sejauh mana teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu boleh digunakan dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.

Jurnal 2

Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.

Jurnal 3

Sejauh mana penglibatan seseorang pelajar dalam proses menilai rakan sendiri boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah

Jurnal 1

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan buku PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools oleh Viviane Robinson dan Mei Kuin Lai, langkah yang dilakukan bagi mengenal pasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

  1. Meneliti semula andaian yang telah dilakukan dalam kajian.
  2. Mengetahui bahawa setiap andaian yang dinyatakan perlu diteliti serta tidak mengambil mudah andaian tersebut.
  3. Mengetahui persoalan yang berkaitan dengan andaian yang dinyatakan.
  4. Mengetahui maklumat tambahan yang mungkin diperlukan.
  5. Melibatkan orang lain di dalam proses meneliti dan mengenal pasti andaian yang dibuat.