BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (KT Mini)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/kaedah mengajar/pentaksiran pembelajaran apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?

Teori konstruktivisme


  • Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

  • Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami, ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

  • Pengetahuan sedia ada di sini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu pengetahuan baru.

  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

  • Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
  1. Pengetahuan dibina pelajar.
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
  4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
  7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
  8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


Strategi pemusatan bahan

  1. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  2. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  3. Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  4. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  5. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  6. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  7. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Kerangka operational


Check out this SlideShare Presentation:

0 comments: