BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (KT Mini)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/kaedah mengajar/pentaksiran pembelajaran apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?

Teori konstruktivisme


  • Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

  • Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami, ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

  • Pengetahuan sedia ada di sini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu pengetahuan baru.

  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

  • Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
  1. Pengetahuan dibina pelajar.
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
  4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
  7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
  8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


Strategi pemusatan bahan

  1. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  2. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  3. Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  4. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  5. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  6. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  7. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Kerangka operational


Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 12: Permurnian Mini KT

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"


TUJUAN KAJIAN:

  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

OBKEJTIF KAJIAN:

  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
  • Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

PERNYATAAN MASALAH:

  • Bagaimanakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
  • Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

Apa penyataan masalah dalam kajian?

Jurnal 1

Menguji dan mengenal pasti sejauh mana teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu boleh digunakan dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.

Jurnal 2

Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.

Jurnal 3

Sejauh mana penglibatan seseorang pelajar dalam proses menilai rakan sendiri boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah

Jurnal 1

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan buku PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools oleh Viviane Robinson dan Mei Kuin Lai, langkah yang dilakukan bagi mengenal pasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

  1. Meneliti semula andaian yang telah dilakukan dalam kajian.
  2. Mengetahui bahawa setiap andaian yang dinyatakan perlu diteliti serta tidak mengambil mudah andaian tersebut.
  3. Mengetahui persoalan yang berkaitan dengan andaian yang dinyatakan.
  4. Mengetahui maklumat tambahan yang mungkin diperlukan.
  5. Melibatkan orang lain di dalam proses meneliti dan mengenal pasti andaian yang dibuat.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4: KT Mini

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

1. MATLAMAT KAJIAN:

Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


2. OBJEKTIF KAJIAN:

Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


3. PERSOALAN KAJIAN:

Bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapt meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?


4. RUJUKAN LITERATURE REVIEW

Prestasi mata pelajaran Perdagangan SPM dan pencapaiannya di Johor. Oleh Mohd Saim bin Selamat (2007).

Kesediaan guru-guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4: KT Mini

CADANGAN untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Cadangan individu (Perdagangan):

  1. Guru harus mengembangkan lagi kaedah pengajaran seperti mengadakan aktiviti berkumpulan di dalam bagi menjana idea yang lebih baik di samping mewujudkan kerjasama antara pelajar.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti di luar kelas agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat hubungkait antara aktiviti dengan topik yang dipelajari.
  3. Guru tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus. Guru perlu memastikan pelajar menguasai sesuatu topik sebelum beralih ke topik baru.

Cadangan kumpulan:

  1. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan semasa proses pengajaran berlangsung dan menjadikannya lebih kreatif.
  2. Guru boleh menjalankan aktiviti berkumpulan agar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
  3. Fakta atau teori yang sukar harus diringkaskan dan dipermudahkan agar pelajar lebih mudah memahaminya.

Cadangan dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P sekaligus menggalakkan kerjasama antara pelajar.
  2. Penggunaan pelbagai BBM yang menarik dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.
  3. Guru perlu mempelbagaikan sumber maklumat selain bergantung kepada buku teks dan buku rujukan saja.

Literature review

Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Perdagangan (Saim Selamat, 2007).

Wednesday, November 18, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4: KT Mini

KELEMAHAN pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Refleksi individu (Perdagangan):

  1. Guru lebih menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Pengajaran guru lebih kepada ‘teacher centered learning’ .
  3. Guru tidak membincangkan latihan yang diberikan di dalam kelas agar pelajar mengetahui kesalahan mereka.
  4. Guru terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks.
  5. Proses P&P hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Tidak ada aktiviti di luar kelas.

Refleksi kumpulan:

  1. Guru lebih memberikan tumpuan untuk menghabiskan topik supaya pelajar boleh bersedia dari awal bagi menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti di luar kelas.
  3. Guru terlalu bergantung kepada buku teks berbanding buku rujukan yang lain.

Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru hanya memberikan kuliah semata-mata tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menarik di dalam kelas.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan semasa sesi P&P berlangsung.

Literature review

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa ABM sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).