BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4: KT Mini

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

1. MATLAMAT KAJIAN:

Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


2. OBJEKTIF KAJIAN:

Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


3. PERSOALAN KAJIAN:

Bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapt meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?


4. RUJUKAN LITERATURE REVIEW

Prestasi mata pelajaran Perdagangan SPM dan pencapaiannya di Johor. Oleh Mohd Saim bin Selamat (2007).

Kesediaan guru-guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4: KT Mini

CADANGAN untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Cadangan individu (Perdagangan):

  1. Guru harus mengembangkan lagi kaedah pengajaran seperti mengadakan aktiviti berkumpulan di dalam bagi menjana idea yang lebih baik di samping mewujudkan kerjasama antara pelajar.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti di luar kelas agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat hubungkait antara aktiviti dengan topik yang dipelajari.
  3. Guru tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus. Guru perlu memastikan pelajar menguasai sesuatu topik sebelum beralih ke topik baru.

Cadangan kumpulan:

  1. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan semasa proses pengajaran berlangsung dan menjadikannya lebih kreatif.
  2. Guru boleh menjalankan aktiviti berkumpulan agar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
  3. Fakta atau teori yang sukar harus diringkaskan dan dipermudahkan agar pelajar lebih mudah memahaminya.

Cadangan dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P sekaligus menggalakkan kerjasama antara pelajar.
  2. Penggunaan pelbagai BBM yang menarik dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.
  3. Guru perlu mempelbagaikan sumber maklumat selain bergantung kepada buku teks dan buku rujukan saja.

Literature review

Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Perdagangan (Saim Selamat, 2007).

Wednesday, November 18, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4: KT Mini

KELEMAHAN pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Refleksi individu (Perdagangan):

  1. Guru lebih menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Pengajaran guru lebih kepada ‘teacher centered learning’ .
  3. Guru tidak membincangkan latihan yang diberikan di dalam kelas agar pelajar mengetahui kesalahan mereka.
  4. Guru terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks.
  5. Proses P&P hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Tidak ada aktiviti di luar kelas.

Refleksi kumpulan:

  1. Guru lebih memberikan tumpuan untuk menghabiskan topik supaya pelajar boleh bersedia dari awal bagi menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti di luar kelas.
  3. Guru terlalu bergantung kepada buku teks berbanding buku rujukan yang lain.

Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru hanya memberikan kuliah semata-mata tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menarik di dalam kelas.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan semasa sesi P&P berlangsung.

Literature review

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa ABM sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).

Tuesday, November 17, 2009

Aktiviti 6: Tugasan 4: KT Mini

KEKUATAN pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud

Refleksi individu (Perdagangan):

  1. Guru memberikan nota yang lengkap kepada pelajar.
  2. Guru memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar beserta contoh yang bersesuaian dengan realiti sebenar.
  3. Guru memberikan fokus kepada topik-topik tertentu sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

Refleksi kumpulan

  1. Guru banyak mengaitkan teori pengajaran dengan kehidupan sebenar.
  2. Guru memberikan soalan dan latihan sebagai pengukuhan.
  3. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti amali bagi menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
  4. Subjek perdagangan diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti seharian.

Pengalaman dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru memberikan pelbagai pengetahuan yang berkaitan dengan topik sebagai maklumat tambahan bagi membuka minda pelajar untuk berfikir lebih jauh.
  2. Guru menggunakan BBM yang menarik supaya pelajar lebih memahami topik yang dipelajari.

Literature review

Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 Mini KT

Secara individu: MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

  1. Mengembangkan profesionalisme guru
  2. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar
  3. Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan
  4. Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik

Bincang dengan kumpulan: MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif serta dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
Bincangkan dengan kumpulan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Kami berminat untuk melakukan tajuk mini kajian "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan" kerana:
  1. Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat memudahkan lagi pemahaman pelajar kerana bahan-bahan yang digunakan lebih mesra pelajar.
  2. Oleh itu, pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan pemahaman disebabkan oleh bahan maujud yang lebih realistik.
  3. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus meningkatkan daya kreativiti diri sendiri.
  4. Menimbulkan dan meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesuatu subjek yang diajar oleh guru.
  5. Mewujudkan suasana P&P yang tidak membosankan dan isi pengajaran yang lebih efektif.

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini KT

Tajuk Mini Kajian Tindakan kumpulan:

"Kit Pembelajaran Berasaskan Bahan Maujud dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

Ahli kumpulan:

1. Norlatifah Bt. Omar (Ketua)
2. Norlida Bt. Hashim
3. Normaiza Bt. Rahman

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 3: Tugasan 3 (Kolokium)

Tajuk: Meningkatkan minat pelajar membuat ulangkaji dalam subjek Sains Tingkatan 1 dengan menggunakan kaedah permainan roda impian.

Oleh: Noriza binti Mohammaed Jidin dan Norhidayu binti Mohd Naim

Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku penambahbaikan dalam permasalahan yang terdapat dalam kitaran pertama iaitu:
  1. Penambahan soalan berbentuk subjektif
  2. Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca
  3. Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan
  4. Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan

Tajuk: Meningkatkan pemahaman pelajar melalui penggunaan bahan bantu mengajar media elektronik (klip video)


Oleh: Siti Sarah binti Udzir dan Nur Aznida binti Talib


Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?


Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku perubahan dalam amalan pengajaran guru daripada menggunakan kaedah talk and chalk dan aplikasi power point sahaja kepada penggunaan tayangan video.

Aktiviti 2: Tugasan 2 (Jurnal - Abstrak)

ULASAN JURNAL 1

Tajuk: Developing Formative Assessment in the Classroom: using action research to explore and modify theory


ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi menyelidik dan mengembangkan kaedah penilaian formatif dalam bilik darjah di peringkat sekolah rendah. Kajian tindakan ini dijalankan secara kolaboratif antara penyelidik dari 2 buah universiti dan sekumpulan guru penyelidik. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan kajian tindakan kolaboratif dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam kelas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melatih kemahiran komunikasi pelajar dalam membuat penilaian di samping menggalakkan interaksi sosial.



ULASAN JURNAL 2

Tajuk Jurnal: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerja di dalam bilik darjah yang melibatkan pelajar-pelajar bermasalah dari segi tingkah laku, emosi dan sosial serta sukar untuk memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Kajian ini lebih menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran mendengar secara aktif. Dalam perundingan awal, guru menjelaskan kesukarannya untuk mengajar kanak-kanak berumur antara 7 - 9 tahun yang bermasalah untuk berfungsi dalam satu kumpulan. Tiga aspek yang diberi perhatian ialah cara menyapa seseorang, kemahiran mendengar secara aktif dan kerjasama. Aktiviti ini dilakukan sebanyak lapan sesi dan dilaksanakan di dalam kelas selama 3 bulan.



ULASAN JURNAL 3

Tajuk Jurnal: The Implementation of Peer Assessment: An Action Research Approach

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menyelidik bagaimana sesuatu proses pelaksanaan penilaian terhadap rakan dilakukan dalam institusi pendidikan tinggi. Ia juga menunjukkan bagaimana penglibatan pelajar dalam pembinaan kriteria penilaian yang boleh menyumbang kepada proses pembelajaran. Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan agar penilaian ini dimasukkan ke dalam kurikulum secara konsisten di mana pelajar juga terlibat di dalam proses tersebut dan menjadikan kaedah ini sesuatu yang relevan dalam pembelajaran dan kerjaya pada masa akan datang.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 1 (Ulasan Buku)

Apakah yang dimaksudkan dengan kajian tindakan? (secara individu)

Buku: 'Practitioner Research for Educators, A Guide to Improving Classrooms and Schools oleh Viviane Robinson

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan yang berterusan dalam amalan pengajaran dan mutu profesionalisme guru. Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru di dalam bilik darjah.

Bincangkan dengan kumpulan APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)

Sunday, November 1, 2009

Tugasan 3: Laporan Kolokium (2)

Ulasan perbentangan kedua

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)

Oleh: Siti Sarah binti Udzir dan Nur Aznida binti Talib

Pernyataan masalah
Sejauh manakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menggalakkan pelajar aktif di dalam kelas.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif

Setting kajian
Kajian ini dilaksanakan di SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya

Sampel kajian
38 orang pelajar (21 orang pelajar daripada Tingkatan 4 dan 17 orang pelajar daripada Tingkatan 1)

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif
i. Penilaian kendiri
ii. Soal selidik
iii. Pemerhatian
iv. Temubual
v. Kuiz

Implikasi kajian

  1. Terdapat peningkatan dari segi pemahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran berdasarkan kuiz yang dijalankan.
  2. Penggunaan video menyebabkan pelajar berasa seronok menonton sekaligus mendorong mereka menjadi lebih aktif di dalam perbincangan.
  3. Penggunaan video yang disediakan dalam pelbagai bentuk boleh membantu pelajar memahami sesuatu matapelajaran dengan lebih mendalam lagi.

Ulasan perbentangan
Melalui kajian yang dijalankan saya berpendapat bahawa pelajar mudah berasa bosan dan mengantuk ketika sesi pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan matapelajaran tersebut mempunyai terlalu banyak fakta yang perlu diingati dan dihafal.Melalui kaedah ini pelajar dapat mengaitkan video yang dipertontonkan dengan topik yang dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih mudah memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan lagi.


Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana:
  1. Berlaku perubahan dalam amalan pengajaran guru daripada menggunakan kaedah talk and chalk dan aplikasi power point sahaja kepada penggunaan tayangan video.

Kekuatan dan kelemahan

Kekuatan:

  • Pelajar seronok, tidak mengantuk di dalam kelas,memberi tumpuan dan aktif di dalam perbincangan.
  • Menonton video memudahkan mereka untuk memahami sesuatu pembelajaran

Kelemahan:

  • Pelajar sukar memahami isi kandungan video kerana sesetengah perkataan yang digunakan agak tinggi.
  • Penceritaan terlalu cepat.
  • Video yang menepati modul isi pengajaran agak sukar diperolehi.

Cadangan penambahbaikan

  • Video diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanyakan soalan dan meminta pendapat daripada mereka.
  • Menyediakan tugasan kepada pelajar sebelum video ditayangkan.
  • Memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas
  • Jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat.