BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 (Jurnal - Abstrak)

ULASAN JURNAL 1

Tajuk: Developing Formative Assessment in the Classroom: using action research to explore and modify theory


ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi menyelidik dan mengembangkan kaedah penilaian formatif dalam bilik darjah di peringkat sekolah rendah. Kajian tindakan ini dijalankan secara kolaboratif antara penyelidik dari 2 buah universiti dan sekumpulan guru penyelidik. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan kajian tindakan kolaboratif dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam kelas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melatih kemahiran komunikasi pelajar dalam membuat penilaian di samping menggalakkan interaksi sosial.



ULASAN JURNAL 2

Tajuk Jurnal: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerja di dalam bilik darjah yang melibatkan pelajar-pelajar bermasalah dari segi tingkah laku, emosi dan sosial serta sukar untuk memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Kajian ini lebih menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran mendengar secara aktif. Dalam perundingan awal, guru menjelaskan kesukarannya untuk mengajar kanak-kanak berumur antara 7 - 9 tahun yang bermasalah untuk berfungsi dalam satu kumpulan. Tiga aspek yang diberi perhatian ialah cara menyapa seseorang, kemahiran mendengar secara aktif dan kerjasama. Aktiviti ini dilakukan sebanyak lapan sesi dan dilaksanakan di dalam kelas selama 3 bulan.



ULASAN JURNAL 3

Tajuk Jurnal: The Implementation of Peer Assessment: An Action Research Approach

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menyelidik bagaimana sesuatu proses pelaksanaan penilaian terhadap rakan dilakukan dalam institusi pendidikan tinggi. Ia juga menunjukkan bagaimana penglibatan pelajar dalam pembinaan kriteria penilaian yang boleh menyumbang kepada proses pembelajaran. Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan agar penilaian ini dimasukkan ke dalam kurikulum secara konsisten di mana pelajar juga terlibat di dalam proses tersebut dan menjadikan kaedah ini sesuatu yang relevan dalam pembelajaran dan kerjaya pada masa akan datang.

0 comments: