BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (KT Mini)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/kaedah mengajar/pentaksiran pembelajaran apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?

Teori konstruktivisme


  • Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

  • Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami, ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

  • Pengetahuan sedia ada di sini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu pengetahuan baru.

  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

  • Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
  1. Pengetahuan dibina pelajar.
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
  4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
  7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
  8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


Strategi pemusatan bahan

  1. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  2. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  3. Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  4. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  5. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  6. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  7. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Kerangka operational


Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 12: Permurnian Mini KT

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"


TUJUAN KAJIAN:

  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

OBKEJTIF KAJIAN:

  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
  • Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

PERNYATAAN MASALAH:

  • Bagaimanakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
  • Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

Apa penyataan masalah dalam kajian?

Jurnal 1

Menguji dan mengenal pasti sejauh mana teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu boleh digunakan dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.

Jurnal 2

Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.

Jurnal 3

Sejauh mana penglibatan seseorang pelajar dalam proses menilai rakan sendiri boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah

Jurnal 1

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan buku PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools oleh Viviane Robinson dan Mei Kuin Lai, langkah yang dilakukan bagi mengenal pasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

  1. Meneliti semula andaian yang telah dilakukan dalam kajian.
  2. Mengetahui bahawa setiap andaian yang dinyatakan perlu diteliti serta tidak mengambil mudah andaian tersebut.
  3. Mengetahui persoalan yang berkaitan dengan andaian yang dinyatakan.
  4. Mengetahui maklumat tambahan yang mungkin diperlukan.
  5. Melibatkan orang lain di dalam proses meneliti dan mengenal pasti andaian yang dibuat.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4: KT Mini

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

1. MATLAMAT KAJIAN:

Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


2. OBJEKTIF KAJIAN:

Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


3. PERSOALAN KAJIAN:

Bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapt meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?


4. RUJUKAN LITERATURE REVIEW

Prestasi mata pelajaran Perdagangan SPM dan pencapaiannya di Johor. Oleh Mohd Saim bin Selamat (2007).

Kesediaan guru-guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4: KT Mini

CADANGAN untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Cadangan individu (Perdagangan):

  1. Guru harus mengembangkan lagi kaedah pengajaran seperti mengadakan aktiviti berkumpulan di dalam bagi menjana idea yang lebih baik di samping mewujudkan kerjasama antara pelajar.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti di luar kelas agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat hubungkait antara aktiviti dengan topik yang dipelajari.
  3. Guru tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus. Guru perlu memastikan pelajar menguasai sesuatu topik sebelum beralih ke topik baru.

Cadangan kumpulan:

  1. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan semasa proses pengajaran berlangsung dan menjadikannya lebih kreatif.
  2. Guru boleh menjalankan aktiviti berkumpulan agar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
  3. Fakta atau teori yang sukar harus diringkaskan dan dipermudahkan agar pelajar lebih mudah memahaminya.

Cadangan dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P sekaligus menggalakkan kerjasama antara pelajar.
  2. Penggunaan pelbagai BBM yang menarik dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.
  3. Guru perlu mempelbagaikan sumber maklumat selain bergantung kepada buku teks dan buku rujukan saja.

Literature review

Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Perdagangan (Saim Selamat, 2007).

Wednesday, November 18, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4: KT Mini

KELEMAHAN pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.

Refleksi individu (Perdagangan):

  1. Guru lebih menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Pengajaran guru lebih kepada ‘teacher centered learning’ .
  3. Guru tidak membincangkan latihan yang diberikan di dalam kelas agar pelajar mengetahui kesalahan mereka.
  4. Guru terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks.
  5. Proses P&P hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Tidak ada aktiviti di luar kelas.

Refleksi kumpulan:

  1. Guru lebih memberikan tumpuan untuk menghabiskan topik supaya pelajar boleh bersedia dari awal bagi menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti di luar kelas.
  3. Guru terlalu bergantung kepada buku teks berbanding buku rujukan yang lain.

Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru hanya memberikan kuliah semata-mata tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menarik di dalam kelas.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan semasa sesi P&P berlangsung.

Literature review

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa ABM sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).

Tuesday, November 17, 2009

Aktiviti 6: Tugasan 4: KT Mini

KEKUATAN pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud

Refleksi individu (Perdagangan):

  1. Guru memberikan nota yang lengkap kepada pelajar.
  2. Guru memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar beserta contoh yang bersesuaian dengan realiti sebenar.
  3. Guru memberikan fokus kepada topik-topik tertentu sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

Refleksi kumpulan

  1. Guru banyak mengaitkan teori pengajaran dengan kehidupan sebenar.
  2. Guru memberikan soalan dan latihan sebagai pengukuhan.
  3. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti amali bagi menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
  4. Subjek perdagangan diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti seharian.

Pengalaman dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).

  1. Guru memberikan pelbagai pengetahuan yang berkaitan dengan topik sebagai maklumat tambahan bagi membuka minda pelajar untuk berfikir lebih jauh.
  2. Guru menggunakan BBM yang menarik supaya pelajar lebih memahami topik yang dipelajari.

Literature review

Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 Mini KT

Secara individu: MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

  1. Mengembangkan profesionalisme guru
  2. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar
  3. Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan
  4. Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik

Bincang dengan kumpulan: MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif serta dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
Bincangkan dengan kumpulan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Kami berminat untuk melakukan tajuk mini kajian "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan" kerana:
  1. Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat memudahkan lagi pemahaman pelajar kerana bahan-bahan yang digunakan lebih mesra pelajar.
  2. Oleh itu, pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan pemahaman disebabkan oleh bahan maujud yang lebih realistik.
  3. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus meningkatkan daya kreativiti diri sendiri.
  4. Menimbulkan dan meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesuatu subjek yang diajar oleh guru.
  5. Mewujudkan suasana P&P yang tidak membosankan dan isi pengajaran yang lebih efektif.

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini KT

Tajuk Mini Kajian Tindakan kumpulan:

"Kit Pembelajaran Berasaskan Bahan Maujud dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

Ahli kumpulan:

1. Norlatifah Bt. Omar (Ketua)
2. Norlida Bt. Hashim
3. Normaiza Bt. Rahman

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 3: Tugasan 3 (Kolokium)

Tajuk: Meningkatkan minat pelajar membuat ulangkaji dalam subjek Sains Tingkatan 1 dengan menggunakan kaedah permainan roda impian.

Oleh: Noriza binti Mohammaed Jidin dan Norhidayu binti Mohd Naim

Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku penambahbaikan dalam permasalahan yang terdapat dalam kitaran pertama iaitu:
  1. Penambahan soalan berbentuk subjektif
  2. Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca
  3. Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan
  4. Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan

Tajuk: Meningkatkan pemahaman pelajar melalui penggunaan bahan bantu mengajar media elektronik (klip video)


Oleh: Siti Sarah binti Udzir dan Nur Aznida binti Talib


Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?


Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku perubahan dalam amalan pengajaran guru daripada menggunakan kaedah talk and chalk dan aplikasi power point sahaja kepada penggunaan tayangan video.

Aktiviti 2: Tugasan 2 (Jurnal - Abstrak)

ULASAN JURNAL 1

Tajuk: Developing Formative Assessment in the Classroom: using action research to explore and modify theory


ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi menyelidik dan mengembangkan kaedah penilaian formatif dalam bilik darjah di peringkat sekolah rendah. Kajian tindakan ini dijalankan secara kolaboratif antara penyelidik dari 2 buah universiti dan sekumpulan guru penyelidik. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan kajian tindakan kolaboratif dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam kelas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melatih kemahiran komunikasi pelajar dalam membuat penilaian di samping menggalakkan interaksi sosial.



ULASAN JURNAL 2

Tajuk Jurnal: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerja di dalam bilik darjah yang melibatkan pelajar-pelajar bermasalah dari segi tingkah laku, emosi dan sosial serta sukar untuk memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Kajian ini lebih menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran mendengar secara aktif. Dalam perundingan awal, guru menjelaskan kesukarannya untuk mengajar kanak-kanak berumur antara 7 - 9 tahun yang bermasalah untuk berfungsi dalam satu kumpulan. Tiga aspek yang diberi perhatian ialah cara menyapa seseorang, kemahiran mendengar secara aktif dan kerjasama. Aktiviti ini dilakukan sebanyak lapan sesi dan dilaksanakan di dalam kelas selama 3 bulan.



ULASAN JURNAL 3

Tajuk Jurnal: The Implementation of Peer Assessment: An Action Research Approach

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menyelidik bagaimana sesuatu proses pelaksanaan penilaian terhadap rakan dilakukan dalam institusi pendidikan tinggi. Ia juga menunjukkan bagaimana penglibatan pelajar dalam pembinaan kriteria penilaian yang boleh menyumbang kepada proses pembelajaran. Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan agar penilaian ini dimasukkan ke dalam kurikulum secara konsisten di mana pelajar juga terlibat di dalam proses tersebut dan menjadikan kaedah ini sesuatu yang relevan dalam pembelajaran dan kerjaya pada masa akan datang.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 1 (Ulasan Buku)

Apakah yang dimaksudkan dengan kajian tindakan? (secara individu)

Buku: 'Practitioner Research for Educators, A Guide to Improving Classrooms and Schools oleh Viviane Robinson

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan yang berterusan dalam amalan pengajaran dan mutu profesionalisme guru. Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru di dalam bilik darjah.

Bincangkan dengan kumpulan APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)

Sunday, November 1, 2009

Tugasan 3: Laporan Kolokium (2)

Ulasan perbentangan kedua

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)

Oleh: Siti Sarah binti Udzir dan Nur Aznida binti Talib

Pernyataan masalah
Sejauh manakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menggalakkan pelajar aktif di dalam kelas.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif

Setting kajian
Kajian ini dilaksanakan di SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya

Sampel kajian
38 orang pelajar (21 orang pelajar daripada Tingkatan 4 dan 17 orang pelajar daripada Tingkatan 1)

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif
i. Penilaian kendiri
ii. Soal selidik
iii. Pemerhatian
iv. Temubual
v. Kuiz

Implikasi kajian

  1. Terdapat peningkatan dari segi pemahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran berdasarkan kuiz yang dijalankan.
  2. Penggunaan video menyebabkan pelajar berasa seronok menonton sekaligus mendorong mereka menjadi lebih aktif di dalam perbincangan.
  3. Penggunaan video yang disediakan dalam pelbagai bentuk boleh membantu pelajar memahami sesuatu matapelajaran dengan lebih mendalam lagi.

Ulasan perbentangan
Melalui kajian yang dijalankan saya berpendapat bahawa pelajar mudah berasa bosan dan mengantuk ketika sesi pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan matapelajaran tersebut mempunyai terlalu banyak fakta yang perlu diingati dan dihafal.Melalui kaedah ini pelajar dapat mengaitkan video yang dipertontonkan dengan topik yang dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih mudah memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan lagi.


Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana:
  1. Berlaku perubahan dalam amalan pengajaran guru daripada menggunakan kaedah talk and chalk dan aplikasi power point sahaja kepada penggunaan tayangan video.

Kekuatan dan kelemahan

Kekuatan:

  • Pelajar seronok, tidak mengantuk di dalam kelas,memberi tumpuan dan aktif di dalam perbincangan.
  • Menonton video memudahkan mereka untuk memahami sesuatu pembelajaran

Kelemahan:

  • Pelajar sukar memahami isi kandungan video kerana sesetengah perkataan yang digunakan agak tinggi.
  • Penceritaan terlalu cepat.
  • Video yang menepati modul isi pengajaran agak sukar diperolehi.

Cadangan penambahbaikan

  • Video diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanyakan soalan dan meminta pendapat daripada mereka.
  • Menyediakan tugasan kepada pelajar sebelum video ditayangkan.
  • Memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas
  • Jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat.

Saturday, October 31, 2009

Tugasan 3: Laporan Kolokium (1)

Ulasan perbentangan pertama

Oleh: Noriza binti Mohammaed Jidin dan Norhidayu binti Mohd Naim

MENINGKATKAN MINAT PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN SATU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN RODA IMPIAN

Pernyataan Masalah
Sejauh manakah kaedah permainan roda impian berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk membuat ulangkaji serta mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk ketika aktiviti ulangkaji dijalankan di dalam kelas.

Metodologi
Kajian ini menggunakan dua kitaran berdasarkan kepada Model Kemmis dan McTaggart(1988) yang juga melibatkan proses-proses kajian secara umum.

Setting kajian
Kajian ini telah dilaksanakan di SMK Seremban 2

Sampel kajian
Subjek kajian melibatkan pelajar Tingkatan 1 Arif 2 yang terdiri daripada 31 orang pelajar (15 lelaki dan 16 perempuan).

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pengumpulan data secara kuantitatif iaitu:
i. Temubual tidak berstruktur
ii. Pemerhatian secara langsung

Implikasi kajian
  1. Kaedah permainan roda impian berjaya meningkatkan minat pelajar untuk membuat ulangkaji kerana kaedah ini sangat menarik, tidak membosankan dan pelajar tidak mengantuk berdasarkan temubual yang dilakukan.
  2. Pelajar dapat memperbaiki kemahiran memberi penerangan dan menjawab soalan serta meningkatkan kerjasama pelajar dengan rakan-rakan yang lain.

Ulasan perbentangan
Melalui kajian yang dilakukan, saya mendapati bahawa para pelajar kurang berminat untuk mengulangkaji subjek sains kerana banyak fakta yang perlu diingati dan dihafal dalam sesuatu topik. Perkara ini membuatkan pelajar berasa bosan dan mengantuk serta tidak menumpukan perhatian semasa ulangkaji dijalankan di dalam kelas. Oleh yang demikian, kaedah permainan roda impian ini dilihat mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Kaedah ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam mengutarakan persoalan dan jawapan untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain terutamanya soalan berbentuk subjektif.



Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku penambahbaikan dalam permasalahan yang terdapat dalam kitaran pertama iaitu:

  • Penambahan soalan berbentuk subjektif
  • Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca
  • Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan
  • Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan

Kekuatan dan kelemahan

Kekuatan:

  • Pelajar bersaing memberi jawapan yang betul.

Kelemahan:

  • Soalan berbentuk objektif menyebabkan pelajar kurang menggunakan kemahiran berfikir.
  • Pelajar kurang fokus apabila soalan dibaca oleh guru.
  • Guru kurang membincangkan jawapan bersama pelajar.
  • Soalan lebih kepada yang berbentuk pernyataan berbanding rajah.

Cadangan penambahbaikan

  • Penambahan soalan berbentuk subjektif.
  • Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca.
  • Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan.
  • Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan.

Friday, October 30, 2009

Tugasan 2: Ulasan Jurnal

ULASAN JURNAL 1

Tajuk Jurnal: Developing Formative Assessment in the Classroom: using action research to explore and modify theory
  • Oleh: Harry Torrance & John Pryaor, University of Sussex
    Sumber: EBSCOHOST

PERNYATAAN MASALAH

  • Menguji dan mengenal pasti sejauh mana teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu boleh digunakan dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.

SAMPEL KAJIAN

  • Guru dan murid sekolah rendah (tidak dinyatakan secara spesifik)

SETTING KAJIAN

  • Bilik darjah sekolah rendah dan universiti

PROSEDUR KAJIAN

  • Kajian dijalankan secara kolaboratif (antara guru penyelidik dan penyelidik dari universiti). Berlangsung dengan 2 kitaran:
  1. Kitaran 1: Mei - Disember 1997 di mana tumpuan diberikan untuk memgembangkan proses penilaian formatif secara deskriptif dan analitik.
  2. Kitaran ke 2: Januari - Ogos 1998 di mana penyelidik melakukan beberapa penambahbaikan terhadap hasil kajian. Pada kitaran ini, aspek yang perlu diberi perhatian telah dikenalpasti dan penyelidik memfokuskan kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen semasa menjalankan penilaian. Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:
    1. Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
    2. Membina soalan
    3. Pemerhatian dan penghasilan data
    4. Maklumbalas dan penilaian

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan data secara kualitatif. Data dikumpul melalui:

  • Rakaman penilaian interaksi di dalam kelas dan perbincangan semasa perjumpaan menggunakan audio dan video
  • Diari kajian
  • Contoh hasil kerja pelajar
  • Soal selidik, pemerhatian dan temubual dengan pelajar di dalam kelas

Analisis data:

  • Data yang diperoleh dikategorikan dalam bentuk model 'convergent dan divergent' berdasarkan tindakan dan respon yang diberikan oleh responden.

PAPARAN KAJIAN

  • Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk laporan

KESIMPULAN

Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati dua perkara yang perlu diberi penambahbaikan iaitu:

  • Meneliti semula tujuan sesetengah aktiviti dan kriterianya.
  • Fleksibiliti kepada pelajar dalam kelas dan membangunkan pendekatan divergen daripada pendekatan konvergen.


ULASAN JURNAL 2


Tajuk Jurnal: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project


Oleh: Mary Doveston

Sumber: EBSCOHOST


PERNYATAAN MASALAH

  • Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.

SAMPEL KAJIAN

  • 24 orang pelajar (berumur antara 7 - 9 tahun)
  • 13 orang lelaki dan 11 orang perempuan

SETTING KAJIAN

  • Di dalam bilik darjah

PROSEDUR KAJIAN

Kajian dijalankan secara kolaboratif. Proses kajian tindakan:

  • Merancang
  • Melaksanakan kajian
  • Penilaian

Guru berkolaborasi dengan pelajar serta berkongsi apa sahaja seperti pengalaman dengan pelajar. Kitaran pertama menekankan kepada perangkaan masalah semasa sesi perundingan bersama guru dan pelajar. Penilaian dijalankan pada akhir semester menggunakan pendekatan reflektif untuk pelaksanaan projek.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan data secara kualitatif:

  • Temubual tidak berstruktur
  • Pemerhatian tingkah laku

Pengumpulan data secara kuantitatif:

  • Borang soal selidik

Analisis data:

Data dianalisis mengikut skala penilaian yang dikehendaki. Analisis kajian dilakukan secara berterusan sepanjang kajian dijalankan.


PAPARAN KAJIAN

  • Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk graf yang menunjukkan peningkatan dalam aspek kemahiran mendengar di kalangan pelajar.


KESIMPULAN

Terdapat perubahan dari segi tingkah laku pelajar selepas kajian dijalankan. Pelajar lebih aktif dalam aktiviti berkumpulan serta mampu memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi hubungan sosial serta mampu untuk menzahirkan perasaan atau emosi diri.


ULASAN JURNAL 3

Tajuk Jurnal: The Implementation of Peer Assessment: An Action Research Approach


Oleh: Atara Sivan, Hong Kong University


Sumber: EBSCOHOST


PERNYATAAN MASALAH

  • Sejauh mana penglibatan seseorang pelajar dalam proses menilai rakan sendiri boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.

SAMPEL KAJIAN

  • 287 orang pelajar universiti dari pelbagai subjek dan kursus

SETTING KAJIAN

  1. Hong Kong Polytechnic University
  2. Hong Kong Baptist University.

PROSEDUR KAJIAN

  • Kajian ini tediri daripada 3 kitaran.
  1. Kitaran 1: Pensyarah menjelaskan kepada pelajar tentang proses penilaian semasa sesi pertama perjumpaan. Pelajar menerima borang penilaian 3 minggu kemudian setelah pembahagian kumpulan dijalankan.
  2. Kitaran 2: Perbincangan mengenai penglibatan pelajar dalam penilaian tersebut dan kebolehpercayaan kaedah yang digunakan.
  3. Kitaran 3: Pelajar diminta untuk mencadangkan kriteria penilaian bagi rakan mereka.

Prosedur kajian tindakan:

  • Merancang
  • Tindakan
  • Pemerhatian
  • Refleksi

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan data secara kualitatif:

  • Temubual berstruktur
  • Borang soal selidik

Pengumpulan data secara kuantitatif:

  • Open-ended question responses

Analisis Data:

Data dianalisis dengan menggunakan 2 kaedah:

  • SPSS for Windows - Data yang dianalisis menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.
  • NUD.IST - Temubual yang direkod, disalin semula dan seterusnya dianalisis menggunakan analisis kuantitatif NUD.IST

PAPARAN KAJIAN

  • Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk graf

KESIMPULAN

Terdapat peningkatan dalam proses pembelajaran selepas penglibatan pelajar di dalam penilaian yang dilakukan oleh orang lain (rakan-rakan), memberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan kerja dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan harus diberi penambahbaikan dari sudut prosedur untuk penilaian (borang penilaian) dan juga kriteria penilaian.


BANDINGKAN MASALAH YANG DIKAJI ANTARA JURNAL


Jurnal 1

Menguji dan mengenal pasti keberkesanan teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.


Jurnal 2

Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.


Jurnal 3

Sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses penilaian dengan teliti boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.


BANDINGKAN BAGAIMANA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN (PROSEDUR KAJIAN)


Jurnal 1

Kajian dijalankan secara kolaboratif (antara guru penyelidik dan penyelidik dari universiti). Berlangsung dengan 2 kitaran:

  1. Kitaran 1: Mei - Disember 1997 di mana tumpuan diberikan untuk mengembangkan proses penilaian formatif secara deskriptif dan analitik.
  2. Kitaran ke 2: Januari - Ogos 1998 di mana penyelidik melakukan beberapa penambahbaikan terhadap hasil kajian. Pada kitaran ini, aspek yang perlu diberi perhatian telah dikenalpasti dan penyelidik memfokuskan kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen semasa menjalankan penilaian. Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:
  • Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
  • Membina soalan
  • Pemerhatian dan penghasilan data
  • Maklumbalas dan penilaian


Jurnal 2

Kajian dijalankan secara kolaboratif. Proses kajian tindakan:

  • Merancang
  • Melaksanakan kajian
  • Penilaian

Guru berkolaborasi dengan pelajar serta berkongsi apa sahaja seperti pengalaman dengan pelajar. Kitaran pertama menekankan kepada perangkaan masalah semasa sesi perundingan bersama guru dan pelajar. Penilaian dijalankan pada akhir semester menggunakan pendekatan reflektif untuk pelaksanaan projek.


Jurnal 3

Kajian ini tediri daripada 3 kitaran.

  • Kitaran 1: Pensyarah menjelaskan kepada pelajar tentang proses penilaian semasa sesi pertama perjumpaan. Pelajar menerima borang penilaian 3 minggu kemudian setelah pembahagian kumpulan dijalankan.
  • Kitaran 2: Perbincangan mengenai penglibatan pelajar dalam penilaian tersebut dan kebolehpercayaan kaedah yang digunakan.
  • Kitaran 3: Pelajar diminta untuk mencadangkan kriteria penilaian bagi rakan mereka.

Prosedur kajian tindakan:

  1. Merancang
  2. Tindakan
  3. Pemerhatian
  4. Refleksi


APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN (DARI SEGI PROSEDUR KAJIAN)?

Persamaan:

  • Prosedur asas kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek digunakan dalam setiap kajian yang dilakukan.
  • Dijalankan secara kolaboratif

Perbezaan:

APAKAH YANG DIPELAJARI DARI KETIGA-TIGA JURNAL BERKENAAN?

Kajian tindakan dilakukan bagi mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Melalui kajian tindakan, guru mengenalpasti punca kelemahan dalam teknik pengajaran mereka di dalam bilik darjah, menilai dan melakukan penambahbaikan ke atas pendekatan yang digunakan. Kesimpulannya, sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk melihat peningkatan dan perubahan kepada sesuatu permasalahan yang timbul.

Tugasan 2: Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal

Check out this SlideShare Presentation:

Tugasan 1: Ulasan Buku

Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, October 29, 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku

PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS:
A Guide to Improving Classrooms and Schools

By: Viviane Robinson & Mei Kuin Lai

Apa maksud kajian tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan pengajarannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, kajian tindakan adalah “ belajar daripada apa yang telah dilakukan” (learning by doing).

Mengapa guru melakukan kajian tindakan?
  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif serta dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
Bila guru melakukan kajian tindakan?
  1. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap amalan pengajarannya di dalam kelas bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  2. Mencari alternatif baru terhadap permasalahan yang wujud di dalam bilik darjah atau di sekolah.
  3. Menilai amalan pengajaran sendiri di dalam kelas untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan.

Dimanakah guru menjalankan kajian tindakan?

Di dalam bilik darjah, di sekolah atau di institut pengajian tinggi

Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?

Guru melakukan kajian menggunakan kaedah penyelesaian masalah (problem based methodology) bagi menilai amalan pengajaran yang dilakukan di dalam kelas.


Prosedur

1) Perancangan

  • Membuat perancangan penambahbaikan yang ingin dilakukan terhadap isu/masalah yang dihadapi.
  • Menganalisis isu, persoalan dan apa yang perlu dipelopori.

2) Tindakan

  • Penyelidik dan rakan sepasukan (kolaboratif) bertindak ke atas permasalahan kajian.
  • Cuba mencari jalan untuk berhadapan dengan isu.

3) Pemantauan

  • Memantau aktivi atau proses yang sedang berlaku dalam penyelidikan.
  • Bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam proses penyelidikan
  • Selepas pemantauan dilakukan, proses mendokumentasi dapat dilakukan dan perlu dilaksanakan dengan teratur.

4) Refleksi

  • Penyelidik membuat refleksi terhadap data yang terkumpul dari perlaksanaan yang sudah dirancang pada fasa perancangan.
  • Penyelidik juga membuat refleksi pada tindakan dan proses yang telah dijalankan.

Pengumpulan dan penganalisisan data:

1)Pemerhatian
  • Penyelidik boleh melakukan pemerhatian secara tidak langsung untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang proses pengajaran berlangsung.
  • Pemerhatian juga boleh dilakukan secara langsung seperti menggunakan rakaman video.

2) Skala penilaian

  • Penyelidik boleh memasukkan skala penilaian semasa melakukan temubual dan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data.
  • Hasilnya boleh digunakan bagi membandingkan pencapaian dan minat pelajar di dalam kelas.

3) Dokumen

  • Penyelidik boleh menggunakan segala dokumen yang berkaitan dengan sekolah seperti pencapaian pelajar, kad laporan pelajar dan sebagainya untuk memperoleh maklumat bagi membantu dalam proses pengumpulan data.

4) Diari

  • Penyelidik boleh menggunakan pendekatan diari berstruktur dan tidak berstruktur semasa proses pengumpulan data.
  • Pendekatan diari berstruktur boleh digunakan semasa aktiviti tertentu seperti memantau pembahagian masa untuk sesuatu aktiviti semasa proses P&P berlangsung.
  • Pendekatan diari tidak berstruktur pula biasanya digunakan dalam problem based methodology untuk penyelidik lebih memahami pengalaman individu dalam kehidupan mereka.

Analisis data:


Penyelidik akan melakukan analisis data sebelum, semasa dan selepas pengumpulan data dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah bagi menganalisis data yang diperolehi:

  1. Baca dan asingkan mengikut jenis maklumat
  2. Tentukan titik permulaan analisis
  3. Analisis tindakan
  4. Analisis kekangan
  5. Analisis akibat
Model reka bentuk kajian tindakan


The ladder of inference works like this:

  1. The pool of information - represents all the information that could be relevant to the situation
  2. The rung of the ladder - represent various types of claims that can be made about information
  3. The first rung - represents the way they select from this pool
  4. The second rung - represent the process of naming or describing what is happening
  5. The third and fourth rung - represent the way people interpret and evaluate what they have noticed and described
  6. The fifth rung - recognizes how people seek consistency between individual interpretations and experiences by weaving them together into coherent theory of action
  7. The sixth rung - how theories provide conclusions about the situation and what to do about it

Etika dalam melakukan kajian tindakan

  1. Bukti atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.
  2. Hak-hak kerahsiaan terpelihara
  3. Penyelidik juga perlu memberikan kebebasan kepada responden untuk mereka membuat pilihan
  4. Penyelidik perlu memastikan proses dan prosedur tidak akan menyebabkan kecederaan atau mendedahkan individu kepada risiko hasil daripada kajian.
  5. Penyelidik perlu jujur dan ikhlas sewaktu mengumpul, menganalisis dan menulis apa jua laporan mengenai kajian yang dijalankan.

Wednesday, October 28, 2009

Tugasan kelas: Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?

10 sebab mengapa guru perlu membuat kajian tindakan:

  1. Meningkatkan tahap pengajaran di dalam bilik darjah
  2. Menguji teori pendidikan secara praktikal
  3. Lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P
  4. Meningkatkan profesionalisme guru bagi memperbaiki diri dan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan dan pengajaran mereka.
  5. Menjadikan seseorang guru lebih pakar dalam bidangnya dan bidang-bidang lain
  6. Membina dan membentuk semula pengetahuan yang sedia ada.
  7. Mengenal pasti kelemahan diri sebelum, semasa dan selepas proses P & P dilaksanakan
  8. Membina kemahiran guru dalam melakukan sesuatu penyelidikan
  9. Mengetahui dan mengenal pasti kaedah yang bersesuaian untuk diaplikasikan semasa proses P&P di dalam bilik darjah
  10. Mengelakkan guru daripada melakukan kesilapan yang sama dalam pengajaran

Tugasan kelas: Nota

MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model Stephern Kemmis (1983):



Reka bentuk ini menunjukkan kitaran dalam kajian tindakan yang mana setiap kitaran mempunyai 4 peringkat iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan asal. Proses yang berlaku adalah seperti berikut:

Proses 1: Penyelidik perlu merancang dan membuat perancangan sebelum melaksanakan kajian tindakan.

Proses 2: Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang telah dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3: Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti. Contohnya seperti sama ada mahu menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan

Proses 4: Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan (contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru)

Proses 5: Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan.

Proses 6: Bertindak (melaksanakan rancangan) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7: Memerhati (mengumpul bukti). Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

  • Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru semasa sesi P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.

  • Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan atau hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

  • Soal selidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang memerlukan maklumat secara tepat.

  • Ujian atau latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

  • Dokumen adalah sumber paling mudah bagi guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, dan lain-lain.

Proses 8: Mereflek (analisa dan refleksi)·

  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran pengajaran guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum, semasa dan selepas kajian dilakukan.

  • Data dan maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.

  • Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain (difikirkan sesuai dan memenuhi piawai analisis).