BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

Tugasan kelas: Nota

MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model Stephern Kemmis (1983):



Reka bentuk ini menunjukkan kitaran dalam kajian tindakan yang mana setiap kitaran mempunyai 4 peringkat iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan asal. Proses yang berlaku adalah seperti berikut:

Proses 1: Penyelidik perlu merancang dan membuat perancangan sebelum melaksanakan kajian tindakan.

Proses 2: Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang telah dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3: Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti. Contohnya seperti sama ada mahu menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan

Proses 4: Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan (contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru)

Proses 5: Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan.

Proses 6: Bertindak (melaksanakan rancangan) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7: Memerhati (mengumpul bukti). Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

  • Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru semasa sesi P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.

  • Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan atau hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

  • Soal selidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang memerlukan maklumat secara tepat.

  • Ujian atau latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

  • Dokumen adalah sumber paling mudah bagi guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, dan lain-lain.

Proses 8: Mereflek (analisa dan refleksi)·

  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran pengajaran guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum, semasa dan selepas kajian dilakukan.

  • Data dan maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.

  • Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain (difikirkan sesuai dan memenuhi piawai analisis).

0 comments: