Oleh: Noriza binti Mohammaed Jidin dan Norhidayu binti Mohd Naim
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN SATU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN RODA IMPIAN
Pernyataan Masalah
Sejauh manakah kaedah permainan roda impian berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk membuat ulangkaji serta mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk ketika aktiviti ulangkaji dijalankan di dalam kelas.
Metodologi
Kajian ini menggunakan dua kitaran berdasarkan kepada Model Kemmis dan McTaggart(1988) yang juga melibatkan proses-proses kajian secara umum.
Setting kajian
Kajian ini telah dilaksanakan di SMK Seremban 2
Sampel kajian
Subjek kajian melibatkan pelajar Tingkatan 1 Arif 2 yang terdiri daripada 31 orang pelajar (15 lelaki dan 16 perempuan).
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pengumpulan data secara kuantitatif iaitu:
i. Temubual tidak berstruktur
ii. Pemerhatian secara langsung
Implikasi kajian
- Kaedah permainan roda impian berjaya meningkatkan minat pelajar untuk membuat ulangkaji kerana kaedah ini sangat menarik, tidak membosankan dan pelajar tidak mengantuk berdasarkan temubual yang dilakukan.
- Pelajar dapat memperbaiki kemahiran memberi penerangan dan menjawab soalan serta meningkatkan kerjasama pelajar dengan rakan-rakan yang lain.
Ulasan perbentangan
Melalui kajian yang dilakukan, saya mendapati bahawa para pelajar kurang berminat untuk mengulangkaji subjek sains kerana banyak fakta yang perlu diingati dan dihafal dalam sesuatu topik. Perkara ini membuatkan pelajar berasa bosan dan mengantuk serta tidak menumpukan perhatian semasa ulangkaji dijalankan di dalam kelas. Oleh yang demikian, kaedah permainan roda impian ini dilihat mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Kaedah ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam mengutarakan persoalan dan jawapan untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain terutamanya soalan berbentuk subjektif.
Adakah kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Pada pendapat saya, kajian ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan kerana berlaku penambahbaikan dalam permasalahan yang terdapat dalam kitaran pertama iaitu:
- Penambahan soalan berbentuk subjektif
- Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca
- Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan
- Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan
Kekuatan dan kelemahan
Kekuatan:
- Pelajar bersaing memberi jawapan yang betul.
Kelemahan:
- Soalan berbentuk objektif menyebabkan pelajar kurang menggunakan kemahiran berfikir.
- Pelajar kurang fokus apabila soalan dibaca oleh guru.
- Guru kurang membincangkan jawapan bersama pelajar.
- Soalan lebih kepada yang berbentuk pernyataan berbanding rajah.
Cadangan penambahbaikan
- Penambahan soalan berbentuk subjektif.
- Soalan dipaparkan dalam bentuk power point di mana sebelum ini soalan diletakkan dalam balang kaca.
- Soalan berbentuk pernyataan dan rajah diseimbangkan.
- Ulangkaji dilakukan bersama pelajar dalam bentuk perbincangan.
0 comments:
Post a Comment