CADANGAN untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan penggunaan bahan maujud.
Cadangan individu (Perdagangan):
- Guru harus mengembangkan lagi kaedah pengajaran seperti mengadakan aktiviti berkumpulan di dalam bagi menjana idea yang lebih baik di samping mewujudkan kerjasama antara pelajar.
- Guru harus memperbanyakkan aktiviti di luar kelas agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat hubungkait antara aktiviti dengan topik yang dipelajari.
- Guru tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus. Guru perlu memastikan pelajar menguasai sesuatu topik sebelum beralih ke topik baru.
Cadangan kumpulan:
- Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan semasa proses pengajaran berlangsung dan menjadikannya lebih kreatif.
- Guru boleh menjalankan aktiviti berkumpulan agar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
- Fakta atau teori yang sukar harus diringkaskan dan dipermudahkan agar pelajar lebih mudah memahaminya.
Cadangan dari luar pasukan (temubual rakan-rakan dalam pasukan lain).
- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P sekaligus menggalakkan kerjasama antara pelajar.
- Penggunaan pelbagai BBM yang menarik dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.
- Guru perlu mempelbagaikan sumber maklumat selain bergantung kepada buku teks dan buku rujukan saja.
Literature review
Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
0 comments:
Post a Comment