ULASAN JURNAL 1
Tajuk Jurnal: Developing Formative Assessment in the Classroom: using action research to explore and modify theory
PERNYATAAN MASALAH
- Menguji dan mengenal pasti sejauh mana teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu boleh digunakan dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.
SAMPEL KAJIAN
- Guru dan murid sekolah rendah (tidak dinyatakan secara spesifik)
SETTING KAJIAN
- Bilik darjah sekolah rendah dan universiti
PROSEDUR KAJIAN
- Kajian dijalankan secara kolaboratif (antara guru penyelidik dan penyelidik dari universiti). Berlangsung dengan 2 kitaran:
- Kitaran 1: Mei - Disember 1997 di mana tumpuan diberikan untuk memgembangkan proses penilaian formatif secara deskriptif dan analitik.
- Kitaran ke 2: Januari - Ogos 1998 di mana penyelidik melakukan beberapa penambahbaikan terhadap hasil kajian. Pada kitaran ini, aspek yang perlu diberi perhatian telah dikenalpasti dan penyelidik memfokuskan kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen semasa menjalankan penilaian. Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:
1. Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
2. Membina soalan
3. Pemerhatian dan penghasilan data
4. Maklumbalas dan penilaian
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data secara kualitatif. Data dikumpul melalui:
- Rakaman penilaian interaksi di dalam kelas dan perbincangan semasa perjumpaan menggunakan audio dan video
- Diari kajian
- Contoh hasil kerja pelajar
- Soal selidik, pemerhatian dan temubual dengan pelajar di dalam kelas
Analisis data:
- Data yang diperoleh dikategorikan dalam bentuk model 'convergent dan divergent' berdasarkan tindakan dan respon yang diberikan oleh responden.
PAPARAN KAJIAN
- Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk laporan
KESIMPULAN
Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati dua perkara yang perlu diberi penambahbaikan iaitu:
- Meneliti semula tujuan sesetengah aktiviti dan kriterianya.
- Fleksibiliti kepada pelajar dalam kelas dan membangunkan pendekatan divergen daripada pendekatan konvergen.
ULASAN JURNAL 2
Tajuk Jurnal: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project
Oleh: Mary Doveston
Sumber: EBSCOHOST
PERNYATAAN MASALAH
- Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.
SAMPEL KAJIAN
- 24 orang pelajar (berumur antara 7 - 9 tahun)
- 13 orang lelaki dan 11 orang perempuan
SETTING KAJIAN
PROSEDUR KAJIAN
Kajian dijalankan secara kolaboratif. Proses kajian tindakan:
- Merancang
- Melaksanakan kajian
- Penilaian
Guru berkolaborasi dengan pelajar serta berkongsi apa sahaja seperti pengalaman dengan pelajar. Kitaran pertama menekankan kepada perangkaan masalah semasa sesi perundingan bersama guru dan pelajar. Penilaian dijalankan pada akhir semester menggunakan pendekatan reflektif untuk pelaksanaan projek.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data secara kualitatif:
- Temubual tidak berstruktur
- Pemerhatian tingkah laku
Pengumpulan data secara kuantitatif:
Analisis data:
Data dianalisis mengikut skala penilaian yang dikehendaki. Analisis kajian dilakukan secara berterusan sepanjang kajian dijalankan.
PAPARAN KAJIAN
- Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk graf yang menunjukkan peningkatan dalam aspek kemahiran mendengar di kalangan pelajar.
KESIMPULAN
Terdapat perubahan dari segi tingkah laku pelajar selepas kajian dijalankan. Pelajar lebih aktif dalam aktiviti berkumpulan serta mampu memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi hubungan sosial serta mampu untuk menzahirkan perasaan atau emosi diri.
ULASAN JURNAL 3
Tajuk Jurnal: The Implementation of Peer Assessment: An Action Research Approach
Oleh: Atara Sivan, Hong Kong University
Sumber: EBSCOHOST
PERNYATAAN MASALAH
- Sejauh mana penglibatan seseorang pelajar dalam proses menilai rakan sendiri boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.
SAMPEL KAJIAN
- 287 orang pelajar universiti dari pelbagai subjek dan kursus
SETTING KAJIAN
- Hong Kong Polytechnic University
- Hong Kong Baptist University.
PROSEDUR KAJIAN
- Kajian ini tediri daripada 3 kitaran.
- Kitaran 1: Pensyarah menjelaskan kepada pelajar tentang proses penilaian semasa sesi pertama perjumpaan. Pelajar menerima borang penilaian 3 minggu kemudian setelah pembahagian kumpulan dijalankan.
- Kitaran 2: Perbincangan mengenai penglibatan pelajar dalam penilaian tersebut dan kebolehpercayaan kaedah yang digunakan.
- Kitaran 3: Pelajar diminta untuk mencadangkan kriteria penilaian bagi rakan mereka.
Prosedur kajian tindakan:
- Merancang
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data secara kualitatif:
- Temubual berstruktur
- Borang soal selidik
Pengumpulan data secara kuantitatif:
- Open-ended question responses
Analisis Data:
Data dianalisis dengan menggunakan 2 kaedah:
- SPSS for Windows - Data yang dianalisis menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.
- NUD.IST - Temubual yang direkod, disalin semula dan seterusnya dianalisis menggunakan analisis kuantitatif NUD.IST
PAPARAN KAJIAN
- Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk graf
KESIMPULAN
Terdapat peningkatan dalam proses pembelajaran selepas penglibatan pelajar di dalam penilaian yang dilakukan oleh orang lain (rakan-rakan), memberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan kerja dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan harus diberi penambahbaikan dari sudut prosedur untuk penilaian (borang penilaian) dan juga kriteria penilaian.
BANDINGKAN MASALAH YANG DIKAJI ANTARA JURNAL
Jurnal 1
Menguji dan mengenal pasti keberkesanan teori dan konsep yang dikaji oleh penyelidik terdahulu dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian guru di dalam bilik darjah.
Jurnal 2
Bagaimana meningkatkan hubungan kerja/sosial antara pelajar di dalam kelas dengan menekankan aspek kemahiran mendengar.
Jurnal 3
Sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses penilaian dengan teliti boleh meningkatkan dan mengembangkan kemahiran pentaksiran secara kritis serta boleh menyumbang kepada proses pembelajaran.
BANDINGKAN BAGAIMANA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN (PROSEDUR KAJIAN)
Jurnal 1
Kajian dijalankan secara kolaboratif (antara guru penyelidik dan penyelidik dari universiti). Berlangsung dengan 2 kitaran:
- Kitaran 1: Mei - Disember 1997 di mana tumpuan diberikan untuk mengembangkan proses penilaian formatif secara deskriptif dan analitik.
- Kitaran ke 2: Januari - Ogos 1998 di mana penyelidik melakukan beberapa penambahbaikan terhadap hasil kajian. Pada kitaran ini, aspek yang perlu diberi perhatian telah dikenalpasti dan penyelidik memfokuskan kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen semasa menjalankan penilaian. Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:
- Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
- Membina soalan
- Pemerhatian dan penghasilan data
- Maklumbalas dan penilaian
Jurnal 2
Kajian dijalankan secara kolaboratif. Proses kajian tindakan:
- Merancang
- Melaksanakan kajian
- Penilaian
Guru berkolaborasi dengan pelajar serta berkongsi apa sahaja seperti pengalaman dengan pelajar. Kitaran pertama menekankan kepada perangkaan masalah semasa sesi perundingan bersama guru dan pelajar. Penilaian dijalankan pada akhir semester menggunakan pendekatan reflektif untuk pelaksanaan projek.
Jurnal 3
Kajian ini tediri daripada 3 kitaran.
- Kitaran 1: Pensyarah menjelaskan kepada pelajar tentang proses penilaian semasa sesi pertama perjumpaan. Pelajar menerima borang penilaian 3 minggu kemudian setelah pembahagian kumpulan dijalankan.
- Kitaran 2: Perbincangan mengenai penglibatan pelajar dalam penilaian tersebut dan kebolehpercayaan kaedah yang digunakan.
- Kitaran 3: Pelajar diminta untuk mencadangkan kriteria penilaian bagi rakan mereka.
Prosedur kajian tindakan:
- Merancang
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi
APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN (DARI SEGI PROSEDUR KAJIAN)?
Persamaan:
- Prosedur asas kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek
digunakan dalam setiap kajian yang dilakukan.
- Dijalankan secara kolaboratif
Perbezaan:
APAKAH YANG DIPELAJARI DARI KETIGA-TIGA JURNAL BERKENAAN?
Kajian tindakan dilakukan bagi mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Melalui kajian tindakan, guru mengenalpasti punca kelemahan dalam teknik pengajaran mereka di dalam bilik darjah, menilai dan melakukan penambahbaikan ke atas pendekatan yang digunakan. Kesimpulannya, sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk melihat peningkatan dan perubahan kepada sesuatu permasalahan yang timbul.